Thursday 9 October 2014

Resepi kek kelapa berwarna,warni.

Pagi tadi tengah kemas- kemas barang dekat dapur .tiba- tiba misa jumpa sebungkus kelapa kering .timbul lah idea nak buat kek kelapa resepi dari bonda chef khairi .hati teruja sangat dengan kek zaman nenek moyang kita.mood pun tengah rajin apa lagi mengadun lah bahan semua hingga jadi se biji kek kelapa.

Ternyata memang kek ni terlalu sedap dan lembut.
Mari cuba kawan- kawan.
1 cawan majerin pelangi
1 cawan gula castor
3 biji telur gred b( misa guna telur gred A 2 biji)
1sdt esen rose
1 sudu makan susu pekat
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kek,naik( Misa guna tepung kek 1/1/2 cawan).
Perwarna kuning.
1/4 cawan kelapa kering dibahagi 2 Dan diwarna ,1 hijau 1 lagi merah.

Cara.
Pukul gula,majerin hingga putih kembang.
Masukkn telor sebiji demi sebiji.masukan susu pekat,esen rose terus pukul.masukkan tepung diayak tadi dan gaul sebati saja.

Masukkan kelapa kering tadi gaul perlahan- lahan.



Dan tuang kedalam loyang ukuran 8 inci disapu majerin dan dialas kertas minyak.

Bakar suhu 170 darjah 40 minit hingga masak api atas bawa.

Dah siap kek kelapa sebiji.



Cukup menarik kan isi dalam kek kelapa ini kan.terimakasih pada chef khairi dan bonda chef atas resepi ini.anak kecik pun makan dua potong kata sedap ibu.apa lagi kawan sila,sila mencuba ya.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment